Siti Fatimah Azzahra as, adalah
putri bungsu kesayangan Rasulallah s.a.w. Siti Fatimah Azzahra, adalah putri
teladan. Ketaatan dan kesetiaannya kepada ayah dan bundanya adalah menjadi
contoh teladan yang baik sekali bagi seluruh wanita.
Siti Fatimah
Azzahra telah mengorbankan seluruh hayatnya untuk kepentingan Islam dan
Ummatnya. Siti Fatimah dengan setianya mendampingi suaminya Amirul Mukminin Ali
bin Abi Thalib dalam keadaan suka dan duka. Belau telah berhasil mendidik kedua
anandanya Hasan dan Husain dengan akhlak dan budiperkerti yang mulia. Siti
Fatimah senantiasa berusaha membantu fakir miskin dan mereka yang sangat
mengharapkan pertolongan.
Siti Fatimah
Azzahra dibesarkan dalam asuhan dan didikan langsung ayahandanya yang tercinta
Rasulallah s.a.w. Kasih sayang dan kecintaan Nabi s.a.w. kepada Siti Fatimah
Azzahra, terutama disebabkan tingkah laku dan tabiatnya banyak mirip dengan
ayahandanya.
Hidup zuhud
dan tekun beribadah adalah sifat yang dimiliki Fatimah Azzahra. Beliau menghayati
hubungan yang ikhlas dengan Allah s.w.t. Sifat mulia yang dimilikinya
sebagaimana telah diceritakan oleh Asma binti Umais, “Pada suatu hari aku
berada dirumah Siti Fatimah Azzahra.Tiba-tiba ketika itu Rasulallah s.a.w.
datang ke rumah Siti Fatimah. Ketika itu Sitti Fatimah memakai seuntai kalung
emas pemberian suaminya Imam Ali bin Abi Thalib k.w. Ketika Rasulullah melihat
kalung itu, lalu Nabi s.a.w.bersabda, “Hai anakku apakah engkau bangga disebut
orang sebagai putri Muhammad, sedangkan engkau sendiri memakai jaababirah ?
“(perhiasan yang biasa dipakai oleh putri bangsawan). Ketika itu juga Siti
Fatimah melepaskan kalungnya itu, dan menjualnya. Hasil dari harga kalung
tersebut Siti Fatimah membeli seorang hamba dan hamba tersebut dimerdekakan. Ketika
Rasulallah s.a.w mendengar berita tersebut Nabi s.a.w. amat bergembira dan
mendo’akan Siti Fatimah sekeluarga.
Dalam
peristiwa lainnya yang diriwayatkan oleh Thuban, ia berkata, “Ketika Rasulallah
s.a.w. pulang dari suatu peperangan, seperti biasanya Nabi s.a.w. singgah ke
rumah anakandanya Siti Fatimah, ketika itu Nabi s.a.w. melihat kedua-dua
cucundanya memakai gelang perak. Nabi s.a.w. tidak jadi singgah, dan Nabi terus
pulang kerumahnya.
Mengetahui
hal tersebut Siti Fatimah menyadari bahawa Nabi tidak jadi singgah, disebabkan
perhiasan yang dipakai oleh kedua-dua cucunya itu. Lalu Siti Fatimah Azzahra
dengan tidak ragu-ragu lagi membuka perhiasan gelang yang dipakai oleh kedua
anaknya itu dan dihancurkan sehingga berkeping-keping. Hal tersebut menyebabkan
saidina Hasan dan Husain menangis, meskipun dipungut kembali kepingan gelang
perak itu dan diserahkan kepada Saidina Hasan dan saidina Husain, yang ketika
itu belum tahu apa-apa.
Kedua mereka
sambil menangis mendatangi Kakeknya, Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. mengambil
kedua kepingan gelang itu dan menyuruh Thuban pergi membelikan gantinya, untuk
Siti Fatimah sebuah kalung dari ashab (sejenis benang yang dipilin) dan dua
gelang yang terbuat dari gading untuk cucundandanya.
Sambil Nabi
s.a.w.bersabda:
” Mereka itu
Ahlul Baiytku, aku tidak ingin mereka kehilangan kebajikan karena masaalah
duniawi ini…!” (Riwayat Thuban diungkapkan oleh At-Thabbarry dalam kitabnya
“Siratul Mustafa”.)
Siti Fatimah
Azzahra meningkat dewasa bersamaan dengan pertumbuhan Islam disaat-saat
menghadapi berbagai halangan dan rintangan dan disaat-saat amat genting. Siti
Fatimah Azzahra dilahirkan pada hari Juma’at 20 Jumadil akhir tahun kelima
sebelum Nabi s.a.w.menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraish sedang memperbaiki
dan membangun kembali ka’bah disebabkan banyak kerusakan pada bangunan
tersebut.
Siti Fatimah
putri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat gelaran Assidiqah (wanita terpercaya),
Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah) dan yang paling
sering disebutkan adalah Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak).
Jutaan
Muslimat Ummat Nabi s.a.w. kemudian ramai yang menamakan putri mereka dengan
Fatimah. Siti Fatimah Azzahra, lahir dan dibesarkan di bawah naungan wahyu
Ilahi yang diterima oleh ayahandanya Muhammad s.a.w. Siti Fatimah dilahirkan
dan dibesarkan ditengah keluarga suci. Siti Fatimah Azzahra menyaksikan sendiri
betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam
memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan
najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah s.w.t., dengan
tangisan kesedihan Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran
yang taburkan oleh kaum Qurraish.
0 komentar:
Post a Comment