Abdul Rahman
Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga
adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya
dengan Saiyidina Utsman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin
Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang
pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan
lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar dan bermacam-macam kejahatan
yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul
Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah
terlarang.
Abdul Rahman
Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam
lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahwa beliau tergolong orang-orang Islam
yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang
permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin
Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata
kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu
siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan bermalam diruang lapang,
hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu”.
Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak
memeluk agama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.
Adapun nama
asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi
kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Sebagai
seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu
keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan agama Allah bukan saja
dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para
sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan
kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membagikan dua kekayaannya untuk
dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh
kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.
Ramai sahabat
yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang
berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah,
tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan
menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.
Sebagai
seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami
berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh
kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu
sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w
akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke
negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak
berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah
rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan
4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan
hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul
dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta
anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul
Rahman Bin Auf.
Tidak lama
kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali ke kota
Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan kepada Rasulullah
s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib (Madinah) dilakukan Rasulullah
sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin
Auf.
Setiba di
Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat
dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah
dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan
Ansar.
Demi
kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau
telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara,
ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya
saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua
orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia
mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata
sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga
Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara.
Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah
kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.
Sungguh
beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa
saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya
memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat
dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga
diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya
menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang
melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling
pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat
kebajikan terhadap kaum fakir miskin.
Pada zaman
Rasulullah S.A.W, beliau pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan
menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah
terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah
sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan
menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan
senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga
dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.
Memandangkan
jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya Rasulullah
S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf
adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya
menegakkan ugama ALlah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula
Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara
keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan
manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang
sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang
menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah
lindungan beliau.
Disamping
memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan
benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh
kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf
menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau
menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik
daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal
dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk
membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih
utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan
kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara
orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan
saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat
kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta. Dalam satu riwayat yang
lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan
makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang,
"Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf?" Ia lalu menjawab,
"Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang
oleh roti gandum.
Demikianlah
jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah.
Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan
kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara
sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki
syurga.
Dizaman
Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan
dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik
oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah
Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang
yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau
menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang
anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah
juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal
menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang
akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.
Pada tahun 31
Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana mi selama 74 tahun,
berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun. Dan
sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia
menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu
Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia
malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di
samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji
dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua
meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan
kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan
disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan
lain-lain tokoh sahabat.
|
0 komentar:
Post a Comment